01.10.10
Musim Peperiksaan tiba lagi
Ada yang gelisah, ada yang kerisauan. Menanti saat-saat peperiksaan tiba lagi. Bagi mereka yang merasakan diri belum bersedia, diharapnya peperiksaan ditangguh lagi, diberi peluang untuk lebih bersedia, membuat ulang kaji, meneliti soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas…agar lebih bersedia. Bagi mereka yang telah bersedia, diharapnya peperiksaan dipercepat, mahu dia melaluinya segera, tidak mahu lagi dibebankan fikirannya dengan kerisauan…agar lebih tenang selepas menyelesaikan segala urusan.
Perkara ini mengingatkan kita kepada suasana manusia berhadapan hari pengadilan, hari peperiksaan agung bagi semua manusia. Semoga Allah swt menempatkan kita di kalangan mereka yang bersedia…
Selamat Menghadapi Peperiksaan

Abu Muhammad
Cork, Ireland
05.25.09
Projek Baitul Hikmah Cambodia 2009
Mari Menderma
Assalamualaikum wbt,
Kami mengajak rakan-rakan sekalian untuk turut sama menderma buku-buku terpakai bagi membantu masyarakat Melayu Muslim di Cambodia….
Majlis Syura Muslimun menganjurkan Projek Baitul Hikmah Cambodia 2009 bertujuan mewujudkan sebuah perpustakaan di perkampungan Melayu Muslim di Cambodia. Usaha murni ini akan dijayakan dengan mengumpulkan buku dan dana ke arah mendirikan perpustakaan ini. Semoga usaha yang kecil ini mampu memberi sumbangan yang besar kepada mereka yang memerlukan.

Wakil-wakil MSM di lokaliti
Cork
Ismail Ibrahim (0857124640)
Galway
Mohd Zaquan Arif Abd Ghafar (0857175193)
11.07.08
Entahlah…Inilah Usrahku
Entahlah, Inilah Usrahku
“Entahlah…”, ujarnya dengan nada yang hampa, “Ini bukanlah usrah yang pertama aku hadiri, tapi sama sahaja rasanya, hanya sekadar memberi tahu, tidak pula menimbulkan mahu.” Read the rest of this entry »
09.17.08
Fiqh Perantau oleh Ustaz Maszlee
Assalamualaikum wbt
InsyaAllah akan diadakan ceramah “Fiqh Perantau” disampaikan oleh Ust Maszlee Malik pada 26/9/2008 (Jumaat), bermula 5.30 petang di L1 Electrical Engineering Building, UCC, Cork…
Semua dijemput hadir!
09.10.08
Macam-Macam Promosi Bulan Ramadhan
Menyambut Ramadhan dengan Berkaraoke?
Tak sangka ada juga promosi hangat macam ni…
Apa nak jadi?
Ramadhan Mubarak…membawa berkat kepada semua peniaga?
08.31.08
Salam Ramadhan
Assalamualaikum wbt…
Selamat Menyambut Ramadhan yang Mulia
Semoga beroleh kerahmatan, keampunan dan kemerdekaan dari api neraka
Telah bersabda Rasulullah saw:
“Sesiapa yang mendirikan Ramadhan (Tarawikh) dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh (ke arah kesempurnaan), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Perkemaskan amalan fard, Tingkatkan amalan sunat
Perbanyakkan doa
اللهم انك عفو كريم
تحب العو فاعفو عنا
Salam Ramadhan dari perantauan,
Abu Muhammad
04.22.08
Aku dan Kau untuk Dia
Di Jalan Dakwah…
Alhamdulillah, kita sewajarnya bersyukur kepada Allah, senyum gembira melihat ikhwah juga akhawat kini sudah mula memikirkan hal membina baitul muslim. Mahu menjadi insan yang sempurna, mahu melengkapkan agama. Insyaallah, langkah ini datang daripada niat dan kesungguhan kita mahu menyahut seruan baginda saw dan mahu membuktikan formula kita menuju ke puncak amal…
Cita-cita untuk menjadi Ustaziatul Alam mampu direalisasikan dengan melahirkan unit-unit keluarga dakwah dan seterusnya…
Baitul muslim kini menjadi harapan kita, terpadu usaha amal dakwah dua insan…sinergi dan simbiosis…itu lah yang diharapkan….
Baitul muslim kini menjadi harapan kita, terbina markaz tarbiyyah untuk ummah baru…untuk diri sendiri, saling menasihati…untuk generasi baru, kita akan sediakan tarbiyatul aulad juga banat…kita aset kini, dan mereka nanti potensi masa hadapan…itu lah yang diharapkan…
Seindah mentari muncul pada esok hari, seindah itu juga harapan dan angan-angan kita menanti saat itu…penuh yakin, mentari akan muncul…
Di saat kita mengungkap harapan dan cita-cita ini…mengatur kata-kata indah, mahu kuntum bunga kembang indah…dalam masa yang sama, kita juga perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara…kerana seindah mawar berduri, perlu penjagaan yang rapi oleh si penanam bunga di taman…terapi yang rapi… Read the rest of this entry »
04.01.08
Pengajaran dari 2:214 … Kemenangan yang hampir…
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
(البقرة: 214)
يقول تعالى: { أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ } قبل أن تُبتَلُوا وتختبروا وتمتحنوا، كما فعل بالذين من قبلكم من الأمم؛ ولهذا قال: { وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ } وهي: الأمراض؛ والأسقام، والآلام، والمصائب والنوائب.
قال ابن مسعود، وابن عباس، وأبو العالية، ومجاهد، وسعيد بن جبير، ومُرّة الهَمْداني، والحسن، وقتادة، والضحاك، والربيع، والسّدي، ومقاتل بن حَيّان: { الْبَأْسَاءُ } الفقر. قال ابن عباس: { وَالضَّرَّاءُ } السّقم.
{ وَزُلْزِلُوا } خَوْفًا من الأعداء زلْزالا شديدًا، وامتحنوا امتحانًا عظيمًا، كما جاء في الحديث الصحيح عن خَبَّاب بن الأرَتّ قال: قلنا: يا رسول الله، ألا تستنصر لنا؟ ألا تدعو الله لنا؟ فقال: “إنّ من كان قبلكم كان أحدهم يوضع المنشار على مفْرَق رأسه فيخلص إلى قدميه، لا يَصْرف ذلك عن دينه، ويُمْشَطُ بأمشاط الحديد ما بين لحمه وعظمه، لا يصرفه ذلك عن دينه”. ثم قال: “والله ليتمن الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضرموت لا يخاف إلا الله والذئب على غنمه، ولكنكم قوم تستعجلون”.
وقال الله تعالى:
الم* أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ* وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
(العنكبوت: 1 -3)
dari Tafsir Ibn Katsir
03.18.08
Menuju Cahaya…Surat untuk Pemimpin…
حضرة صاحب …
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
وبعد , فإنما حملنا على التقدم بهذه الرسالة إلى مقامكم الرفيع رغبة أكيدة في توجيه الأمة التي استرعاكم الله أمرها , ووكل إليكم شأنها في عهدها الجديد , توجيها صالحا يقيمها على أفضل المسالك , ويرسم لها خير المناهج , ويقيها التزلزل والاضطراب , ويجنبها التجارب المؤلمة الطويلة .
Kehadapan Tuan…
Assalamu’alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh,
Yang mendorong kami mengemukakan surat ini kepada tuan ialah keinginan kami yang sungguh-sungguh untuk membimbing ummat yang telah diserahkan Allah kepada tuan supaya menyelenggarakan urusan mereka di zaman baru ini, keinginan kami untuk memimpin mereka dengan satu pimpinan yang baik, pimpinan yang dapat membangunkan ummat ini di atas sebaik-baik jalan, pimpinan yang sanggup menggariskan sebaik-baik manhaj yang dapat memelihara ummat ini dari kegelinciran dan porak-peranda juga dapat menjauhkannya percubaan-percubaan yang membawa kepada penderitaan yang berpanjangan. Read the rest of this entry »
03.11.08
Di Sini, Dari Hati, Ke Hati
Apabila kita bersama…
الأرواح جنود مجندة، فما تعارف منها ائتلف وما تناكر اختلف
“Ruh-ruh umpama tentera di medan peperangan, ia terasa senang dengan sesiapa yang dikenali di kalangannya, dan terasa bertentangan dengan sesiapa yang tidak dikenali”
Mungkin sahaja hadis ini sering diulang-ulang oleh sebahagian manusia, menyeru manusia lainnya untuk bersama merasai kenikmatan kebersamaan dan kekitaan…merasai kenikmatan apabila ruh-ruh dipertemukan di dalam lingkungan keimanan dan kembali kepada fitrah kemanusiaan untuk tunduk kepada Sang Pencipta. Kembali kepada Pencipta…
ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِنْ رُوحِهِ …
“Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya…” (As-Sajadah 32: 9)
Kembali melihat hakikat manusia yang datang daripada Allah dengan hembusan ruh yang menghidupkan mereka, kita mulai sedar bahawa kehidupan manusia bukanlah hanya terdiri daripada pergerakan fisik dan kewujudan dalam alam pancaindera…
Kita adalah ruh-ruh yang menggerakkan tubuh, menggerakkan perasaan, menggerakkan minda dan menggerakkan iman… Read the rest of this entry »



