Tiada Ketakutan, Tiada Kesedihan, Jika Aku Mengikuti-Nya

Posted on December 21, 2011

0


Sejurus sahaja Adam a.s dan Hawa diturunkan ke bumi

Allah berfirman “Kami berkata, ‘Turunlah kamu semua dari syurga itu’, kemudian jika datang kepada kamu petunjuk, maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tiada mereka ketakutan, dan tiada mereka kesedihan.” (2:38)

Maka Allah swt yang Maha Penerima Taubat lagi Mengasihani telah mendahului kita dalam menunjukkan keprihatinanNya…kerana yang pasti Dia datang dulu untuk memberi hidayahNya

Belum sempat manusia mengingkari, Dia telah memberi saranan dan amaran, kerana Dia mengetahui sedangkan makhluk yang paling soleh pun belum tentu mengetahui.

Petunjuk atau Hidayah Allah adalah berupa kebenaran dari Tuhan Al-Haq dan juga berupa jalan-jalan yang membawa kepadanya. Al-Quran merupakan kebenaran kalimat Al-Haq dan Sunnah Rasulullah adalah jalan mengikuti Manhaj Ilahi.

“Dan sesiapa yang menerima petunjuk, Allah menambahi petunjuk kepadanya dan memberi mereka ketakwaan.” (47:17)

Tiada Ketakutan

Tiada ketakutan kepada manusia yang menjauhi kesalahan juga kepada mereka yang telah diampunkan dosanya oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Itulah janjiNya kepada siapa sahaja yang mengikuti petunjuk dan aturan Tuhan. Sebaliknya, ketakutan dan kebimbangan akan menghantui pesalah, penderhaka atau yang berdosa walaupun belum sampai keputusan dari pengadilan, kerana jauh dalam hatinya menyedari akan kesalahan biarpun dia cuba mengingkarinya.

Biar apa pun keputusan dan aturan Allah, berat atau ringan, mereka yang beramal soleh pasti tenang sahaja, kerana mereka pasti bukan di kalangan pesalah dan yang mengingkari. Maha Adil Allah menghukum mereka yang bersalah dengan setimpalnya, dan menyelamatkan mereka yang telah melaksanakan amanah.

Tiada Kesedihan

Semuanya indah bagi mereka yang mengikut petunjuk Tuhan, suatu yang menakjubkan. Mereka mempercayai Tuhan mereka sebagai sebaik-baik penentu. Sejahteralah mereka terhadap diri sendiri dan tenanglah jiwa mereka terhadap Maha Penentu. Bersihlah pandanga hati mereka kepada masyarakat sekelilingnya. Apa sahaja yang berlaku pasti hikmah Ilahi mendahuluinya.

Keajaiban Mukmin adalah Syukur dan Sabar

Abu Muhammad
Waterford

20111221-230137.jpg

Posted in: Hati