Musim Peperiksaan tiba lagi

Posted on January 10, 2010

1


Ada yang gelisah, ada yang kerisauan. Menanti saat-saat peperiksaan tiba lagi. Bagi mereka yang merasakan diri belum bersedia, diharapnya peperiksaan ditangguh lagi, diberi peluang untuk lebih bersedia, membuat ulang kaji, meneliti soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas…agar lebih bersedia. Bagi mereka yang telah bersedia, diharapnya peperiksaan dipercepat, mahu dia melaluinya segera, tidak mahu lagi dibebankan fikirannya dengan kerisauan…agar lebih tenang selepas menyelesaikan segala urusan.

Perkara ini mengingatkan kita kepada suasana manusia berhadapan hari pengadilan, hari peperiksaan agung bagi semua manusia. Semoga Allah swt menempatkan kita di kalangan mereka yang bersedia…

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Abu Muhammad

Cork, Ireland

Advertisements
Posted in: Aktiviti