Titik Imaginasi buat kita tenang…

Posted on January 16, 2008

9


Ulangkaji Biologi: Fenomena Titik Buta

eye.jpg

InsyaAllah, kali ini kita akan mengkaji satu fenomena yang berlaku dalam penglihatan kita seharian, sedar atau tidak, sebenarnya kita mempunyai satu titik buta bagi setiap mata kita.

Mungkin sedikit ulangkaji, titik buta ini adalah satu ruang dalam visual field manusia yang tidak mempunyai imej. Ini disebabkan bahagian optic disc yang tidak mempunyai cone cells dan rod cells yang diperlukan untuk menerima input cahaya dan menukarkan rangsangan cahaya kepada maklumat dalam bentuk kimia (maafkan saya kerana ayat-ayat yang diterjemahkan ini sungguh berterabur, harap Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memberi nasihat). Apabila tiada input cahaya maka tiadalah imej yang dapat dibentuk.

Tetapi pelik bukan, kita masih dapat melihat alam di sekeliling kita dengan sempurna, tiada sebarang titik hitam atau ruang kosong. Penglihatan adalah pandangan yang lengkap tiada cacat cela kerana akal telah menggantikannya dengan satu imej sangkaannya.

Baiklah, kita berhenti di situ dulu ulangkaji, kita terus dengan perbincangan kita…

Titik buta, Titik Imaginasi

Apabila manusia melihat atau cuba memahami sesuatu, dia akan melihat atau membina kefahaman daripada input yang didapatinya melalui pancaindera, penglihatan, pendengaran dan selainnya. Melalui input ini maka manusia pun akan melakarkan sesuatu di dalam ruangan pemikirannya, atau dalam bahasa lainnya, manusia akan melalui proses memberi maksud/makna atau interpretation. Manusia akhirnya dapat menggambarkan sesuatu dan membuat perkaitan antara inputinput yang diterimanya tadi. Ini boleh berlaku di luar sedar, mahupun dalam sedar.

Tetapi, hakikatnya pasti terdapat lopong-lopong input dalam pemikirannya, atau ruang-ruang unknown. Kerana manusia di dalam suatu masa mempunyai kemampuan yang terhad kerana keterbatasan pancaindera manusia itu sendiri.

Bagi memenuhi keinginan manusia untuk memahami, akal akan segera mewujudkan sangkaan-sangkaannya untuk memenuhi ruang-ruang kosong tadi. Akal tadi telah menggunakan premis-premis yang telah dikumpulnya melalui input tadi. Mana mungkin akal boleh menerima sesuatu sekiranya tiada argumentasi yang dapat menampung sesuatu itu. Itulah tabiat akal manusia.

Pernah kita terfikir fenomena titik buta dalam pemikiran manusia?

Ini adalah satu lumrah, bagi menampung keterbatasan pancaindera manusia, kita mempunyai kecenderungan untuk memenuhi ruang-ruang unknown dengan sangkaan atau mungkin juga angan-angan. Tidak dapatlah dibayangkan dunia sekiranya titik buta itu tidak digantikan dengan satu titik imaginasi…

Inilah alat yang digunakan akal untuk menenteram hati manusia. Manusia akan terus merasai dia melihat dengan sempurna walaupun hakikatnya tidak. Baik dalam penglihatan, mahupun pemikiran, fenomena titik buta ini menjadi alat untuk manusia memberikan makna kepada sesuatu yang tidak ketahuinya. Dunia ini terasa sempurna dan indah.

Titik Imaginasi

Melihat kepada fenomena ini, kita pasti menerimanya sebahagian daripada keperluan kehidupan (apapun kembali kepada pembaca untuk menerimanya). Fenomena titik buta dalam penglihatan telah bersama dengan manusia sekian lama, manusia telah hidup dengan satu titik imaginasi semenjak lahir. Titik buta/titik imaginasi telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.

Alhamdulillah, Allah telah menjadikan kita dengan dua bij mata, maka setiap mata saling melengkapi satu sama lain.

Scotoma

Keadaan ini berlaku apabila sebahagian daripada visual field manusia telah hilang akibat demyelinating disease atau mungkin vascular blockage yang menyebabkan kematian sel-sel sensori dan sel-sel penerima rangsangan. Maka manusia itu akan mendapati satu ruang hitam dalam penglihatannya. Akal tidak mampu lagi memberi anggapannya kerana ketandusan input yang amat sangat.

Scotoma Pemikiran

Hal yang sama mungkin berlaku kepada pemikiran manusia apabila terlalu banyak ruangan unknown yang cuba dipenuhi sehingga tidak mampu akal untuk mewujudkan sangkaannya. Apatah lagi apabila sangkaan yang hendak dibuat terpaksa pula menggunanakan premis sangkaan lain.

Apabila ditanya mengenai pemikirannya, maka dia tidak mampu memberikan hakikat. Atau mungkin lebih teruk lagi, tidak tahu pula nak berkata-kata kerana sangkaan-sangkaannya terlalu abstract dan kasar, tiada perkataan yang mampu mengungkapnya.

Kebolehan pemikiran bagaimana pun telah mengatasinya dengan membina sebuah angan-angan. Dunia angan-angan akan terasa indah apabila terus berangan.

Anda mahu terus berangan, atau menghilangkan sangkaan palsu…

Abu Muhammad

aku-adakah-itu-jawapannya.jpg

bersambung…(kalau tak faham)

Advertisements
Posted in: Idea