Browsing All Posts published on »February, 2011«

Soalan SH: Individu ‘kemudian’ Negara, atau ‘dan’, atau sebaliknya?

February 24, 2011

0

Salam! Tak boleh ke kalo segolongan orang yang bentuk UA (ustaziatul alam) dan baru kita buat IM (individu muslim)? Pertama sekali, kita sewajarnya memahami bagaimana perkembangan manusia dalam membentuk sebuah tamadun. Tamadun tidak terbentuk dengan hanya dengan membina sistem dan prasarana fizikal. Tidak boleh kita pisahkan perkembangan tamadun dengan perkembangan manusia itu sendiri. Sejauh mana […]

Syahadatul Haq part 6

February 24, 2011

0

PEMBAHAGIAN SYAHADAH Syahadah Perkataan Syahadah dalam bentuk perkataan ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang telah disampaikan kepada kita melalui perantaraan para nabi dan para rasul. Kita jelaskan kepada mereka menggunakan lisan dan pena atau apa sahaja cara dakwah dan sebaran menggunakan media cetak atau radio atau apa sahaja ciptaan manusia di kurun […]

Syahadatul Haq part 5

February 24, 2011

0

BAGAIMANA KITA MELAKSANAKAN TANGGUNG JAWAB SYAHADATUL HAQ Dalam melaksanakan kewajipan ini adalah perlu langkah ini menjadi paksi yang memusatkan seluruh usaha dan seluruh tindak-tanduk kita. Langkah ini perlu menjadi fokus yang mengemblengkan seluruh kekuatan moral, fizikal dan material yang kita miliki. Langkah ini juga perlu menjadi objektif atau matlamat utama kita dalam apa jua kerja […]

Soalan SH: SH hanya untuk menyelamatkan diri?

February 24, 2011

0

Adakah SH (Syahadatul Haq) skdr untuk melepaskan t’jwb spy t’lepas dr azab/hukum Allah? Perbincangan dalam buku Syahadatul Haq, Al-Maududi memberi tumpuan kepada tanggung jawab dakwah untuk menyelamatkan diri dari azab api neraka. Namun begitu, di sana ada banyak ayat-ayat Quran dan hadith Nabi yang menceritakan fadhilat dalam melakukan tanggung jawab berdakwah ini, antaranya: Sebaik-baik kata […]

Syahadatul Haq part 4

February 23, 2011

0

ANDAI KITA MENGABAIKAN TANGGUNG JAWAB SYAHADATUL HAQ Lihatlah kaum Yahudi yang telah dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kamu. Malangnya ada kala mereka menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman. Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan […]

Soalan SH: SH kepada muslim atau non-muslim?

February 23, 2011

0

Assalamualaikum, adakah syahadatul haq ini fokusnya kepada ‘so called’ musleem or org kafir? Tanggung jawab kita adalah untuk meletakkan kedudukan haq kembali kepada tempatnya, iaitu mengembalikan ubudiyyah makhluk kepada Khaliq (Allah) dan menundukkan taghut daripada menguasai manusia. Oleh itu, tanggung jawab syahadatul haq adalah mengembalikan manusia yang terjerumus di dalam kesesatan atau yang tertutup daripada […]

Soalan SH: Muslim = Daie ?

February 23, 2011

0

Salam, kalau nak jadi IM (individu muslim) kena buat da’wa ke? Mungkin perkataan ‘da’wa’ selalu dianggap asing daripada muslim selama ini, seolah-olah dakwah itu bukan merupakan sebahagian pengertian muslim. Mungkin ada orang akan berkata, “Aku bukan lah pendakwah, aku orang biasa saja,” seolah-olah merasakan diri tidak layak atau tidak mampu melakukan dakwah. Atau, mungkin sahaja […]