Soalan SH: SH kepada muslim atau non-muslim?

Posted on February 23, 2011

0


Assalamualaikum, adakah syahadatul haq ini fokusnya kepada ‘so called’ musleem or org kafir?

Tanggung jawab kita adalah untuk meletakkan kedudukan haq kembali kepada tempatnya, iaitu mengembalikan ubudiyyah makhluk kepada Khaliq (Allah) dan menundukkan taghut daripada menguasai manusia.

Oleh itu, tanggung jawab syahadatul haq adalah mengembalikan manusia yang terjerumus di dalam kesesatan atau yang tertutup daripada kebenaran, kembali kepada kebenaran dan menyembah Tuhan yang satu dan mengikuti Rasulullah s.a.w.

Tetapi dalam melaksanakan tanggung jawab ini, kita perlu kembali mengingatkan dan menyedarkan  manusia yang telah melafazkan kalimah syahadah, supaya mereka  melaksanakan tanggung jawab ini. Rata-rata khalayak muslim pada zaman ini tenggelam dalam kejahilan dan kelalaian sehingga mengabaikan tanggung jawab ini.

Maka, yang pertama, menyedarkan tanggung jawab syahadatul haq di kalangan orang-orang muslim, dan yang kedua, menyatakan kebenaran kepada mereka yang masih tidak beriman. Membetulkan orang yang telah beriman itu seharusnya dititik beratkan kerana kelemahan dan keburukan kaum muslimin adalah faktor penghalang kepada orang-orang yang belum beriman untuk menolak seruan kita, bukan juga menafikan kepentingan yang kedua. Usaha syahadatul haq perlu dilakukan secara teratur supaya natijahnya akan lebih terjamin.

Allahu A’lam

Abu Muhammad

Waterford.

Advertisements
Posted in: Aktiviti, Fikrah