Soalan SH: Muslim = Daie ?

Posted on February 23, 2011

0


Salam, kalau nak jadi IM (individu muslim) kena buat da’wa ke?

Mungkin perkataan ‘da’wa’ selalu dianggap asing daripada muslim selama ini, seolah-olah dakwah itu bukan merupakan sebahagian pengertian muslim.

Mungkin ada orang akan berkata, “Aku bukan lah pendakwah, aku orang biasa saja,” seolah-olah merasakan diri tidak layak atau tidak mampu melakukan dakwah.

Atau, mungkin sahaja orang beranggapan bahawa tanggung jawab dakwah itu merupakan satu tugas ‘optional’ atau satu perkara fardu kifayah yang hanya dilaksanakan oleh sekelompok manusia sahaja, dan sekelopok manusia itu tidak pula melibatkan dirinya.

Tetapi pastinya, individu muslim adalah pendakwah, dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Sejarah telah membuktikan bahawa generasi awal  Islam menyedari akan tuntutan dakwah ini sejurus setelah mereka mengucap kalimah syahadah. Ia bukan sahaja ‘tuntutan’ tetapi juga desakan hati dan emosi orang yang beriman untuk menyatakan kebenaran sepertimana yang ditunjukkan oleh Abu Bakar r.a.

Bahkan hujah yang mengatakan dakwah adalah fardu kifayah oleh sesetengah orang, tidak dapat membatalkan tanggung jawab setiap individu muslim untuk melakukan dakwah sehinggalah matlamat akhir dakwah ini tercapai. Saya tidak mahu memanjangkan huraian dalil mengenai kefarduan dakwah di sini tetapi cukuplah untuk saya katakan dakwah adalah wajib baik bagi mereka yang menganggapnya fardu ain atau fardu kifayah.

Kita mahu menjadi ‘Soleh wa Musleh’

Allahu A’lam

Abu Muhammad

Waterford.

 

Advertisements
Posted in: Seerah