Terimalah Bunga ini…

Posted on January 22, 2008

4


Bunga

sunflower1.jpg

Bunga ini aku petikkan untukmu,
Aku titipkan padamu,

Dari taman yang indah, warnanya meriah,
Dari taman yang harum, wangian kuntum,

Taman yang dijaga rapi,
Hanya untuk insan yang mahu memberi,

Dan aku masih di taman ini,
Menanti ia berputik,
Menanti hijaunya menyerlah,
Menanti rantingnya makin utuh,

sunflowerpotential500x375.jpg

Dan aku masih mahu di sini,
Menyemai benih-benih,
Menyiram air jernih,
Membaja subur tanih,

sequence_flat.jpg

 

Kerana ia bermula di sini,

Jemputlah kemari, aku ingin petikkan bunga untukmu,
Jemputlah ke taman larangan, seperti kata mereka,
Ini taman untuk insan yang mahu memberi,

Bunga ini perlu mekar, indah menghiasimu…
Bunga ini perlu harum, tenang tenteram hatimu…
Kerana itu, aku masih di sini,

Bunga ini untukmu,
Kembalilah nanti, pabila bunga ini layu,
Akan ku petik untukmu dari taman ini,
Bunga yang nanti kembang mekar, ku serahkan kepadamu,
Ku harap harumnya kau berikan kepada umat ini…

sunflower.jpg

Dan aku masih di sini,
Menanti kau kembali…

 

Abu Muhammad,

aku-adakah-itu-jawapannya.jpg

aku hanya tahu menanam bunga di taman…

Advertisements
Posted in: Idea