Melihat dan Menilai… Islam kantanya

Posted on January 21, 2008

0


Perubatan…Perspektif Islam

Beberapa dasar ini saya ambil daripada Risalah Taalim, bahagian Rukun Faham (Usul 20). Saya tidak bercadang untuk melanjutkan perbincangan di sini, insyaAllah kita boleh rujuk lagi syarah mengenai Rukun Faham seperti buku yang ditulis oleh Muhammad Abdullah Al-Khatib, Dr. Yusuf Al-Qardawi dan Abdullah bin Qasim Al-Wasyli. (Sesiapa yang mahu meminjamnya, bolehlah menghubungi saya)

Penilaian Sekitar Rukun Al-Fahm (Usul 20):

Dasar Ketiga

وللإيمان الصادق والعبادة الصحيحة والمجاهدة نور وحلاوة يقذفها الله فى قلب من يشاء من عباده ولكن الإلهام والخواطر والكشف والرؤى ليست من أدلة الأحكام الشرعية

 

Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil hukum syariah.

Dasar Keempat

والتمائم والرقى والودع والمعرفة والكهانة وادعاء معرفة الغيب وكل ما كان من هذا الباب منكر تجب محاربته الا ما كان آية من قرآن أو رقية مأثورة

 

Setiap tangkal, jampi, pelindung, tilikan (tahu dimana barang tersembunyi), tenung, pengakuan mengetahui perkara ghaib dan semua yang seumpama dengan perkara ini adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi; kecualilah jika ianya adalah daripada ayat al-Quran atau jampi yang ma’thur.

Dasar Kelima

 

ورأى الإمام ونائبه فيما لا نص فيه وفيما يحتمل وجوها عدة وفى المصالح المرسلة معمول به ما لم يصطدم بقاعدة شرعية وقد يتغير بحسب الظروف والعرف والعادات. والأصل فى العبادات التعبد دون الإلتفات الى المعانى وفى العاديات الإلتفات الى الأسرار والحكم والمقاصد

 

Pendapat Imam(ketua) dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas atau pada perkara yang mempunyai banyak andaian dan pada masalah ‘masolih mursalah’; hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa melihat kepada rahsianya. Sedangkan asal dalam perkara adat pula hendaklah dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya.

Dasar Kelapan Belas

الإسلام يحرر العقل ويحث على النظر فى الكون ويرفع قدر العلم والعلماء ويرحب بالصالح النافع من كل شيء والحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها فهو أحق الناس بها

 

Islam telah membebaskan akal dan menggalakkan supaya memerhatikan alam ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat itu adalah barang yang hilang dari mukmin dan sekiranya dia menjumpainya, maka dialah orang yang paling berhak dengannya.’

Dasar Kesembilan Belas

وقد يتناول كل من النظر الشرعى والنظر العقل ما لا يدخل فى دائرة الآخر ولكنهما لن يختلفا فى القطعى فلن تصطدم حقيقة علمية صحيحة بقاعدة شرعية ثابتة ويؤول الظنى منهما ليتفق مع القطعى. فإن كانا ظنيين فالنظر الشرعى أولى بالإتباع حتى يثبت العقلى أو ينهار

 

Kadang-kala pandangan syarak dan pandangan akal membicarakan bidang yang sama tetapi keduanya ini tidak mungkin akan berselisih dalam perkara yang pasti(qat’ie). Hakikat ilmiah (sains) yang sahih tidak sekali-kali akan bertembung dengan kaedah syarak yang telah tetap. Perkara yang dzan pada keduanya perlu ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat’ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan’, maka pandangan syarak adalah lebih patut dipakai hinggalah perkara aqli tersebut bertukar menjadi thabit atau akan terbubar.

Apapun, kita sewajarnya mendalami lagi setiap perkara yang telah dinyatakan dalam rukun ini kerana apa yang ditulis oleh Imam Al-Banna adalah rumusan/pati daripada beberapa konsep dan kaedah Islam yang penting. Mendalaminya akan membuatkan kefahaman kita lebih kukuh dan juga anjal. (Saya sendiri pun masih dalam proses memahami)

Dasar-dasar ini hanyalah alat untuk mempermudahkan kefahaman kita, sesiapa yang telah menjumpai cara lain untuk memahami Islam maka itu baik dirinya.

Baiklah, noktah.

Saya memberi pandangan,

Abu Muhammad

aku-adakah-itu-jawapannya.jpg

(Terima kasih kepada Dr Abdul Latif, ceramah yang ringkas dan padat…)

Advertisements
Posted in: Fikrah