SHIFT Our PARADIGM

Posted on January 7, 2008

0


  Bermula dengan membuat penDIRIan

Manusia menghadapi berbagai permasalahan dalam kehidupannya, tetapi ia tidak dapat menguasai permasalahan-permasalahan tersebut dengan baik kecuali setelah ia membuat suatu pendirian terhadap tabiat atau keadaan sebenar permasalahan itu dan hubungannya dengan permasalahan itu. Sama ada benar atau salah, suatu pendirian mesti dibuat terhadap semua permasalahan. Selagi pendirian ini belum dibuat, tidak ada seorang manusia pun boleh membuat keputusan tentang tindak laku yang ia patut ambil terhadap sesuatu permasalahan.

(Islam dan Jahiliyah oleh Al Maududi)

Saya Mestilah Meyakini Masa depan Islam yang Gemilang[1]

Islam merangkumi sistem moral, termasuk sumbernya, asas-asas yang men-jadi tunggaknya, dan sumber kekuatannya; sistem politik, termasuk bentuk dan ciri-cirinya; sistem masyarakat, sistem  ekonomi, falsafah dan strukturnya ser­ta sistem antarabangsa, dengan segala jalinan pertaliannya. . . .

Berdasarkan kenyataan di atas, kami percaya bahawa agama Islam akan dapat menguasai masa akan datang sesuai dengan sifatnya sebagai suatu sistem hi­dup yang merangkumi semua aspek yang saling tali temali dan tidak terpisah-pisah di antara satu dengan yang lainnya. Aspek-aspek itu disusun demikian rupa untuk mencakup seluruh bidang kehidupan manusia, yang dapat memenuhi setiap keperluannya yang hakiki dan melindungi setiap kegiatannya.

Berdasarkan hakikat sistem yang telah dicetuskan oleh agama Islam, dan berdasar­kan keperluan manusia terhadap sistem ini, kami bina sebuah keyakinan yang tidak pernah goncang, bahawa masa depan adalah untuk agama ini. Bahawa agama ini mempunyai peranan di bumi ini dan ia diminta untuk memainkan peranannya-sama ada seluruh musuhnya mahu atau tidak-bahawa peranannya yang diharap-harapkan itu tidak dapat dilaksanakan oleh ‘aqidah yang lain-seperti juga ia tidak dapat dilaksanakan o!eh mana-mana sistem yang lain. Begitu juga kami yakin bahawa seluruh umat manusia tidak berdaya mem-bebaskan diri dari Islam untuk selama-lamanya.

“Kita dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka jika kita memilih selain daripada Islam, kita pasti akan dihinakan oleh Allah.” – Umar Al-Khattab

Kegemilangan yang dijanjikan Allah melalui agama ini tidak mungkin dicapai melainkan kita menjadi muslim yang sebenar. Muslim yang mengetahui hakikat Islam dan mahu beramal dengannya.

مسلم bermaksud mereka yang patuh kepada Allah. Ia satu gelaran yang diberikan kepada mereka yang memenuhi maksudnya. Ia bukanlah gelaran yang hanya nama rasmi dan label yang tidak membawa erti apa-apa dan mudah menyangka ia satu tiket ke syurga.

Berkata Allah s.w.t.

وَقَالُوا لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلا مَنْ كَانَ هُودًا أَوْ نَصَارَى تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang Yang berugama Yahudi atau Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Bawalah kemari keterangan-keterangan Yang (membuktikan kebenaran) apa Yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang Yang benar”. [111] Apa Yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. [112]” (Al-Baqarah 2: 111-112)

Saya Mestilah Hidup untuk Islam

Agama Islam datang untuk menghapuskan penyembahan manusia kerana manusia, dalam segala bentuk dan menifestasinya, dan untuk mengesahkan penyembahan mereka kerana Allah di bumi, seperti pengabdian yang tunggal kerana Allah di alam yang amat luas ini.

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

“Apakah ada agama yang mereka cari selain dari agama Allah? Sedangkan setiap yang di langit dan di bumi menyerahkan diri kerana Allah secara rela atau terpaksa, dan kepadaNya mereka kembali. ” (Ali Imran 3 : 83)

Sistem ini bertujuan untuk mengekalkan kehidupan ini supaya berligar di sekitar paksi yang diredhai Allah, berligar di sekitarnya untuk selama-lamanya, dan tetap di dalam batas-batas yang diredhai Allah, tetap di dalamnya untuk selama-lamanya. Sis­tem ini juga bertujuan untuk mengekalkan kehidupan ini agar sentiasa dihiasi dengan nilai-nilai yang tinggi, sebagai nilai mulia yang diberikan oleh Allah kepada manusia lantaran mereka menghindari pengabdian diri selain daripada Allah . .[2]

Tiga Jenis Hidup Manusia[3]

Golongan yang Hidup Untuk Dunia Sahaja

Golongan ini ialah golongan kebendaan (materialis), samada berdasarkan falsafah mahupun golongan “Dahriyyin”. Pandangan Dahriyyin ini dijelaskan oleh Al-Quran sebagaimana berikut:

وََقاُلوا إن هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ

Dan tentulah mereka akan berkata pula: Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati.” (Al-An’aam 6: 29)

وََقاُلوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِ ُ كنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا َلهُمْ بِ َ ذلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِ ْ ن هُمْ إِلَّا يَظنُّون

“Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan sematamata.” (Surah Al-Jaathiyah, Ayat: 24).

Golongan yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat

Akidah mereka bersimpang siur dan usaha mereka di dunia ini adalah usaha yang sia-sia, tanpa berkat dan restu Allah. Orang ini walaupun percaya pada Allah dan hari Akhirat, namun akidah mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terpisah dan terputus dari realiti kehidupan.

Tepatlah seperti yang dikatakan oleh penyair di dalam sepotong syairnya:

Kita tempungkan kecacatan dunia kita,

Dengan mengoyakkan agama kita,

Akhirnya rosak kedua-duanya,

Baik dunia mahupun agama.

وَالَّذِينَ َ كَفرُوا يَتَمَتَّعُو َ ن وَيَأْ ُ كُلو َ ن َ كمَا تَأْكُلُ اْلَأنْعَامُ وَالنَّارُ مَْثوًى َلهُمْ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.” (Muhammad 47: 12)

Golongan yang Menganggap Dunia ini adalah Ladang Akhirat

Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman, mereka mengetahui hakikat hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup di dunia ini dibandingkan dengan akhirat kerana firman Allah s.w.t:

وَمَا الْحَيَاُة الدُّنْيَا إِلَّا َلعِبٌ وََلهْوٌ وََللدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَُّقون َأَفَلا تَعْقُِلون

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Al-An’aam 6: 32)

Lantas melaksanakan tujuan dan matlamat mereka diciptakan oleh Allah.

وَمَا خََلقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zariyaat 51: 56)

Bagaimana Hidup untuk Islam

Mengenali Tujuan Hidup

Firman Allah:

وَمَا خََلقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zaariyaat 51: 56)

Firman Allah yang ke seterusnya:

وَهُوَ الَّذِي خََلقَ السَّمَوَاتِ وَالَْأرْضَ فِي سِتَّةِ َأيَّامٍ وَكَان عَرْشُهُ عََلى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ َأيُّ ُ كمْ َأحْسَنُ عَمًَلا

“Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air (Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. (Hud 11: 7)

Menginsafi Nilai Dunia ini dibandingkan dengan Akhirat

َأرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ َفمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

“Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.” (At-Taubah 9: 38)

َ ذلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

“Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah),pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Ali Imran 3: 14)

Diriwayatkan, pada suatu ketika Rasulullah s.a.w menghadap ke suatu tempat membuang sampah (mazbalah), lalu baginda memanggil para sahabat baginda sambil bersabda: “Ayuhlah, kejarlah dunia“; kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang-tulang yang sudah reput sambil berkata: “Inilah dunia“.

Menginsafi Bahawa Maut Pasti Tiba

كُلُّ مَنْ عََليْهَا فَانٍ. وَيَبَْقى وَجْهُ رَبِّكَ ُ ذو الْجَلَالِ وَاْلإِ ْ كرَام

“Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.” (Ar-Rahman 55: 26 – 27)

 

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ

 “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran 3: 185)

Mengetahui Hakikat Islam

“Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman pula hanya didapati dengan mendalaminya, sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan pada dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam di dalam urusan agama.”(Riwayat Tabrani)

وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

 “Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.”  (Taha 20: 114)

Mengetahui Hakikat Jahiliyyah

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Sesiapa yang mempelajari bahasa suatu kaum ia terselamat dari rancangan jahat mereka.”

Meneliti ciri-ciri pemikiran jahiliah, aliran-aliran dan perancangannya. Di samping menyingkap akibat-akibat dan keburukannya. Dengan memahami hakikat ini kita tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya


[1] “Mustaqbal Lihazadin” oleh Syed Qutb [2] “Mustaqbal Lihazadin”[3]  “Apa Erti Saya Menganut Islam”

Advertisements
Posted in: Fikrah