CTRL our WHIMs

Posted on January 6, 2008

0


Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali …

فَأَمَّا مَنْ طَغَى

وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى

فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى

“Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya) [37] Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata [38] Maka Sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya [39] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu [40] Maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya [41]” (An-Nazi’at 79: 37-41)

Manusia Pasti Menghadapi Dua Dorongan: Hawa vs Islam

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا

وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

“Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) [7] Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa [8] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) [9] Dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) [10]” (Ash-Shams 91: 7-10)

“Jauhkanlah dirimu dari sebarang Al-Hawa yang tidak bernama Islam.”[1]

-Maimun bin Mahran rahimahullah-

Siapakah Al-Hawa yang tidak bernama Islam?

…وَلَا تَتَّبِعْ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ

“…dan janganlah engkau turut Al-Hawa, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan (agama) Allah.” (Shaad 38: 26)

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ…

“Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta Segala Yang adanya.” (Al-Mu’mimun 23: 71)

Apabila anda renungkan semua penyakit kehidupan manusia: sombong, ‘ujub, dengki cinta dunia, zina, perbuatan keji, ghibah, namimah dan semua bentuk penyakit yang terbayang dalam benak kita, maka kita akan mendapati bahawa di belakangnya ada satu hal iaitu mengikut hawa nafsu. Al-Hawa pada dasarnya adalah kecenderungan jiwa yang salah. … Kerana pendorong untuk mengikut hawa nafsu adalah nafsu maka di kalangan para penempuh jalan rohani dikenalkan dengan ungkapan, ” Musuhmu yang paling berbahaya adalah nafsu yang ada di dalam dirimu”[2]

Golongan yang Kecundang[3]

Di dalam pergolakan jiwa menghadapi hasutan syaitan dan bisikan hawa nafsu[4], ada golongan manusia yang akhirnya tunduk kepada kedua-duanya.

Mereka adalah penyembah hawa nafsu.

أَفَرَأَيْتَ مَنْ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْم…ٍ

“Adakah engkau lihat orang yang mengambil al-hawanya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya selepas didatangi ilmu kepadanya.” (Al-Jatsiyah 45: 23)

Mereka adalah golongan yang ketewasan jiwa.  Apabila hati manusia telah mati dan keras maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan ke dalam dirinya. Bergembiralah syaitan kerana mereka telah berjaya menyesatkan anak Adam.

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ…

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah…” (Al-Mujadilah 58: 19)

وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu Dengan janji Yang benar dan Aku telah menjanjikan kamu lalu Aku mungkiri janjiKu itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan Kuasa mempengaruhi kamu selain daripada Aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi Aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) Yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang Yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab Yang tidak terperi sakitnya.” (Ibrahim 14: 22)

Akhirnya mereka telah terpedaya dan diperkuda oleh syaitan dan hawa nafsu. Hanya mampu mengikut telunjuk batil dan akur dengan cengkaman thagut. Mereka menjadi sebahagian daripada kebatilan dan diperhamba oleh kefasadan.

…أُولَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

“…mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang Yang rugi.” (Al-Mujadilah 58: 19)

Golongan yang Bermujahadah[5]

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).” (Ali ‘Imran: 135)

Adapun, golongan yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berjihad melawan dirinya. Tidak mudah mengalah dengan desakan dan umpanan syaitan dan hawa. Golongan ini merasai kehadiran Allah, merasai dirinya diperhatikan, lantas mereka sentiasa menginsafi kemaksiatan dan kembali kepada kebenaran. Mereka lah orang-orang yang bertakwa dan bakal memasuki syurga yang luas, seluas bumi dan langit.

Golongan ini meletakkan ketundukan kepada Allah s.w.t., mengakui kekuasaan yang Maha Kuasa.

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا

“Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran. bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing)…” (Al-Maidah 5: 48)

Islam: Ketundukan kepada Allah

Sifat inilah yang dinyatakan Islam sebagai penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

اَسْلَمَ – يُسْلِمُ – اِسْلاَم

FirmanNya lagi,

إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

“Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.” (Al-Baqarah 2: 131)

Golongan yang bermujahadah telah menyedari hakikat ini. Untuk mendapat keselamatan dan kesejahteraan, manusia perlu menyerah diri kepada Allah.

بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ

“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Al-Baqarah 2: 112)

Seluruh alam telah mengakui kekuasaan Allah dan akur patuh di bawah naungan Dinul-Islam. Hakikatnya setiap makhluk dalam alam semesta tidak mampu melarikan diri dari kepatuhan kepada Ilahi.

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya lah mereka dikembalikan.” (Ali Imran 3: 83)

Begitu juga makhluk yang bernama ‘manusia’. Baik jasad dan ruhnya, kedua-duanya adalah ciptaan Allah yang mulia. Hakikat insan adalah fitrah, kerana ia datang dari hembusan Ilahi yang menghidupkannya.

ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِنْ رُوحِهِ …

“Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya…” (As-Sajadah 32: 9)

Sayonara Jahiliyyah! Aku telah Memilih Islam

Marilah menyahut seruan Ilahi,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (Al-Baqarah 2: 208)

Menerima Islam bermakna menolak Al-Hawa dan Syaitan. Melangkah masuk kepada Islam bermakna meninggalkan Jahiliyyah.

Bagi mereka yang memilih Allah, Ar-Rasul dan Muslimin sebagai pengganti Al-Hawa dan Syaitan sebagai pendorong dalam kehidupanya, merekalah orang yang berjaya. Mereka telah berjaya menumpaskan ‘whims’.

وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

“Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.” (Al-Maidah 5: 56)


[1] “Al-Muntalaq” oleh Abdul Munim[2] “Tazkiyatun Nafs” oleh Said Hawa[3] “Apa Erti Saya Menganut Islam” oleh Fathi Yakan[4] “Pemuda Muslim dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini” oleh Abdullah Nasih Ulwan

[5] “Apa Erti Saya Menganut Islam”

Advertisements
Posted in: Tazkiyatun Nafs