Aku Impikan…ia akan muncul kembali

Posted on November 22, 2007

0


Daulah Fikriyyah Islamiyyah 

Satu perkara terkemuka di dalam negara Islam iaitu konsep asas yang menjadikan dasar luar manifestasi ialah kedaulatan suci. Teori asasnya ialah dunia dan segala yang ada di dalamnya, dimiliki oleh Allah Yang Maha-Kuasa dan Dia saja mempunyai kedaulatan. Tidak ada orang perseorangan, famili, klas atau negara atau semua manusia boleh menuntut kedaulatan sedikit ataupun banyak. Allah sahaja mempunyai kuasa undang-undang dan memberi perintah.

Negara, mengikut Islam, tidak lebih dari kombinasi manusia berkejasama sebagai hamba Allah untuk menjalankan kehendakNya dan tujuanNya. Ini boleh berlaku dalam dua cara: sebahagian mereka patut menerima undang-undang negara dan perlembagaan asas secara terus dari Allah atau dia patut mengikuti bimbingan orang yang menerima undang-undang dan perlembagaan serupa itu. Dalam pejalanan negara, perserta-perserta terdiri dari mereka yang mempercayai undang-undang ini dan bersedia mengikutinya. Mereka akan berkerja dengan perasaan penuh tanggungjaawab secara orang perseorangan dan (Jamaah) kepada Allah, bukan kepada pengundi, raja atau diktator.

Mereka akan bergerak atas kepercayaan bahawa Allah mengetahui segala-galanya sama ada nyata atau terselindung; mereka tidak ada harapan melepaskan diri dari kekuasaanNya walaupun selepas mati. Tanggungjawab memerintah negara yang diamanahkan kepada manusia bukan untuk menguatkuasakan undang-undang mereka sendiri atau mengenakan kehendak mereka sendiri ke atas orang lain, memperhambakan mereka sendiri ke atas orang lain, memperhambakan mereka dari bangsa lain, memerintah mereka supaya tunduk dan memperhambakan diri, membolehkan mereka membina istana-istana besar dengan menindas rakyat yang lemah dan tertindas (mustadh’afin), pendeknya, semata-mata untuk mengejar kemuliaan diri sendiri.

(dari buku Proses Revolusi Islam oleh Abul A’laa Al-Maududi)

maududi.jpg

Advertisements
Posted in: Fikrah, Seerah