Beberapa Studi tentang Perkahwinan

Posted on November 15, 2007

8


Beberapa Studi tentang Perkahwinan

1. Kata Umar r.a.: “…Kerana sesungguhnya sangat sedikit rumah yang dibangunkan di atas landasan cinta, tetapi orang-orang berinteraksi dengan Islam dan pelbagai pertimbangan.”

(Tazkiyatun Nafs Mensucikan Hati oleh Said Hawwa ms. 510)

2. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaqnya dan paling lemah lembut kepada isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)

(Tazkiyatun Nafs/Mensucikan Hati oleh Said Hawwa ms. 594)

(Apa Erti Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan, Bab Mestilah Muslim di Sudut Berkeluarga ms. 70)

3. Aqidah has bound us together before marriage had. Besides, marriage is only a contingent worldly event, but brotherhood in Allah is everlasting: it does not elapse nor can it be measured with the world and all that therein.

(Return of the Pharaoh by Zainab Al-Ghazali pg. 169)

4. Kisah dalam Bab Ummahatul Mukminin (Fiqh Sirah oleh Muhammad Al-Ghazali Jilid 2, ms. 725)

Pernikahan Rasulullah s.a.w. dengan Zainab bt. Jahsy (yang merupakan bekas isteri anak angkatnya, Zaid bin Haritsah). Sebelum itu, Rasulullah berniat mahu menikahkan Zainab dengan Zaid tetapi kedua-duanya menolak dengan alasan untuk menjaga kehormatan keluarga Zainab. Namun begitu, Zainab tidak dapat terus menolak kerana dia sedar bagaimanapun juga dia harus taat kepada perintah Rasulullah. Tujuannya adalah untuk menghapuskan kebiasaan membanggakan asal keturunan. Akhirnya Zainab bersedia walaupun di dalam hatinya masih sebaliknya, tetapi semua ini hanya kerana ketaatan. Allah s.w.t.:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُبِينًا (٣٦)

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang ang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Surah Al-Ahzab: 36)

Setelah pernikahan, hubungan mereka tidak serasi sehingga Rasulullah sering datang untuk meleraikan permasalahan namun tidak berhasil. Akhirnya, Zaid mengambil keputusan tidak akan meneruskan hidup bersama Zainab. Kemudian datanglah wahyu membenarkan perkara ini dan Rasulullah berkahwin dengan Zainab setelah habis iddah, walaupun ini bertentangan dengan adat tradisi. Dalam salah satu peristiwa Zaid mengadukan hal isterinya dan mengemukan niatnya untuk bercerai, Rasulullah bersabda: “Pertahankanlah isterimu dan tetaplah engkau bertaqwa kepada Allah!”. Allah telah berfirman:

وَإِذْ تَقُولُ لِلَّذِي أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَنْعَمْتَ عَلَيْهِ أَمْسِكْ عَلَيْكَ زَوْجَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ وَتُخْفِي فِي نَفْسِكَ مَا اللَّهُ مُبْدِيهِ وَتَخْشَى النَّاسَ وَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ تَخْشَاهُ فَلَمَّا قَضَى زَيْدٌ مِنْهَا وَطَرًا زَوَّجْنَاكَهَا لِكَيْ لا يَكُونَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ حَرَجٌ فِي أَزْوَاجِ أَدْعِيَائِهِمْ إِذَا قَضَوْا مِنْهُنَّ وَطَرًا وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ مَفْعُولا (٣٧)

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku”. (Surah Al-Ahzab: 37)

Seterusnya:

مَا كَانَ عَلَى النَّبِيِّ مِنْ حَرَجٍ فِيمَا فَرَضَ اللَّهُ لَهُ سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ قَدَرًا مَقْدُورًا (٣٨)الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلا اللَّهَ وَكَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا (٣٩)

“Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya (yang demikian itu) adalah menurut sunnatullah, yang berlaku juga kepada nabi-nabi yang telah lalu dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya (38). (Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka)(39)”. (Surah Al-Ahzab: 37)

5. Menjadikan perkahwinan saya untuk menjaga pandangan, memelihara kemaluan dan bertaqwa kepada Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. (i) Orang yang berjihad pada jalan Allah, (ii) hamba mukatib (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikan bayaranya dan (iii) orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya”. (Riwayat At-Tirmizi)

(Apa Erti Saya Menganut Islam, Bab Mestilah Muslim di Sudut Berkeluarga oleh Fathi Yakan ms. 67)

Tidak menyalahi perintah Allah dalam hal perkahwinan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “…sesiapa yang berkahwin tidak lain kerana mahu menjaga pandangan dan memelihara kemaluan atau menghubungkan silatur-rahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya”.

(Apa Erti Saya Menganut Islam, Bab Mestilah Muslim di Sudut Berkeluarga oleh Fathi Yakan ms. 69)

Advertisements
Posted in: Hati