One of the Men: Abu Bakr

Posted on October 20, 2007

0


Rijal Idamanku, Abu Bakr r.a. 

Abu Bakr As-Shiddiq r.a. atau nama sebenarnya Abdullah bin Utsman bin Amir. Beliau merupakan lelaki yang pertama-tama memeluk Islam tatkala Islam masih sedikit dan kecil di Makkah, hanya lima orang budak, dua wanita dan beliau…

Beliau setia bersama Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi berbagai halangan dan cabaran, siap membela baginda dengan jiwanya.

Dari Urwah bin Az-Zubair, dia berkata, “Aku pernah bertanya kepada Abdullah bin Amru r.a. tentang perbuatan kaum musyrikin yang paling menyakitkan Rasulullah s.a.w., maka dia berkata, ‘Aku pernah melihat Utbah bin Abu Mu`ith mendatangi Nabi s.a.w. yang sedang solat, maka tiba-tiba dia melilit leher Nabi dengan serban milknya dan mencekiknya sekeras-kerasnya, kemudian datang lah Abu Bakr membelanya dan melepaskan ikatan tersebut sambil berkata,

  …أَتَقْتُلُونَ رَجُلا أَنْ يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ 

“…”Patutkah kamu membunuh seorang lelaki kerana ia menegaskan: `Tuhanku ialah Allah? ‘ – sedang ia telah atang kepada kamu membawa keterangan-keterangan dari Tuhan kamu?…”(Surah Al- Mu’min 40: 28)

Kisah ringkas ini menunjukkan keberanian Abu Bakr r.a. membela Islam. Sejarah juga membuktikan beliau telah bermati-matian menentang nabi palsu dan golongan murtad dan yang  enggan membayar zakat setelah kewafatan baginda s.a.w.

Beliau lah contoh Rijal yang dibina oleh Rasulullah s.a.w. yang mampu mengubah dunia. Tidak hairan lah sehingga beliau mendapat kedudukan yang tinggi di sisi baginda s.a.w.

Dari Ibn Abbas r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda,

 لو كنت متخذا خليلا لاتخذت ابا بكر ، ولكن اخي و صاحبي 

“Andai saja aku dibloehkan mengambil kekasih (selain Allah), pasti aku akan memilah Abu Bakr, namun dia adalah saudaraku dan sahabatku.”

(Rujukan: Bidayah wan Nihayah oleh Ibn Katsir)

Advertisements
Posted in: Seerah