معنى الدين

Posted on October 11, 2007

0


  Pengertian Ad-Din

250px-prayer_in_cairo_1865.jpg

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإسْلامُ…

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam…” (Ali Imran: 19)

Islam adalah sebuah Ad-Din sepertimana yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. Pengertian ini merangkumi[1]:

1. Ad-Din merupakan penyerahan diri kepada sebuah kuasa mutlak secara lahiriyyah dan batiniyyah.

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (٢)أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (٣)

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya [2] Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik) [3]”

Inilah hakikat kewujudan alam ini, semuanya tunduk patuh kepada yang Maha Kuasa, Tuhan sekalian makhluk.

وَلَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَلَهُ الدِّينُ وَاصِبًا أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَتَّقُونَ

“Dan bagiNyalah (hak milik) Segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepadanya sahaja tertentu ibadat dan ketaatan selama-lamanya; (Sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain dari Allah.” (An-Nahl 16: 52)

2. Ad-Din merupakan keimanan (batin) dan amalan (zahir) di bawah aturan satu kuasa mutlak. Kuasa mutlak ini dimiliki oleh Allah, Dialah Pemutus (Al-Hakam), Dialah Penguasa (Al-Malik).

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian dari agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Ash-Shura 42: 21)

Insan yang meyakini Islam sebagai Dinul-hayah tidak rela dengan kekufuran dan kebatilan, kerana hati dan jasadnya sudah memilih untuk tunduk kepada Al-Haq.

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (١)لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (٢)وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٣)وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (٤)وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٥)لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (٦)

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! [1] “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah [2] “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah [3] “Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat [4] “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. [5] “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” [6]” (Al-Kafirun 109: 1-6)

3. Ad-Din adalah pertanggungjawaban, pengadilan dan pembalasan. Satu aturan dan ketetapan duniawi dan juga ukhrawi.

إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ (٥)وَإِنَّ الدِّينَ لَوَاقِعٌ (٦)

“Bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; [5] Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku [6]” (Az-Zariyat 56: 5-6)

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (١)فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ (٢)وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (٣)

“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? [1] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, [2] Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin [3]” (Al-Maun 107: 1-3)


[1] “Empat Istilah di dalam Al-Quran” oleh Abu A’la Al-Maududi

Advertisements
Posted in: Fikrah