Entahlah…Inilah Usrahku

Entahlah, Inilah Usrahku

“Entahlah…”, ujarnya dengan nada yang hampa, “Ini bukanlah usrah yang pertama aku hadiri, tapi sama sahaja rasanya, hanya sekadar memberi tahu, tidak pula menimbulkan mahu.”

Itu mungkin salah satu skrip dalam drama bersiri “Inilah Usrahku”, hampir setiap minggu ditayangkan…skrip mungkin sahaja tidak berubah…serupa saja…

Pasti sahaja watak-watak dalam drama ini berasa hampa…mungkin juga kecewa…apabila setiap kali “Inilah Usrahku” habis ditayangkan…keluhan itu pasti sahaja kedengaran, “Entahlah….”

Pasti sahaja hampa dan kecewa…watak naqib lakonannya hambar…kostumnya tidak kemas…apatah lagi selalu sahaja lupa skrip…penampilannya nampak kekok sekali…

Mad’u-mad’u pulang dari menonton “Inilah Usrahku”…mengeluh lagi, “Ana bukan apa akhi…naqib ana ni tak basah lah, kering…orang kata, menyuap maklumat bukan memahamkan…”, …balas rakan si ana, “ana ingatkan ana sorang saja yang rasa macam tu, rasa macam usrah ni tak mengubah apapun…tapi entahlah akhi…”

Pulanglah mereka…hampa dan kecewa…kerana si naqib tidak mampu membasahkan…tiada kata-kata yang keramat dari lidah si naqib…menanti kata-kata keramat yang akan mengubah mereka…

Lafaz-lafaz Mentera

Begitulah penantian mereka…menanti kata-kata keramat dari lidah si naqib…kata-kata yang dapat menggegarkan hati…mencairkan keras jiwa…umpama lafaz-lafaz mentera penuh keajaiban…yang dapat mengubah 1001 perkara…yang jelek diperindah…yang derita digembirakan…

Setiapkali usrah, datanglah ia bersama harapan dan tanggapan ini…moga-moga diberikan petunjuk, timbullah rasa keinsafan dan kesedaran…si naqib nanti akan mengetuk hatinya dengan peringatan dan amaran Tuhan…kerana ia ingin berubah…kerana ia inginkan keajaiban kata-kata…

Pasti juga, setiapkali usrah, ia pulang hampa tidak beroleh apa yang dicita…apabila keajaiban tidak terjelma dengan kata-kata…si naqib sekali lagi penat melafazkan kalimah keramat, mentera-mentera ajaib…tetapi nampaknya tidak berkesan lagi…

Pulanglah mereka…hampa dan kecewa…kerana si naqib tidak mampu membasahkan…tiada kata-kata yang keramat dari lidah si naqib…menanti kata-kata keramat yang akan mengubah mereka…

Kembalilah mereka kepada kehidupan asal…kerana kata mereka, “usrah ni tak mengubah apa pun…”… Kembalilah mereka kepada rutin kebiasaan mereka di hadapan kaca TV atau di hadapan skrin computer…hampa dan kecewa…mungkin sahaja satu hari nanti, mereka sudah bosan dengan drama bersiri “Inilah Usrahku”…putus asa dan hilang percaya kepada si naqib kerana tidak mampu melafazkan mentera keramat yang mujarab kepada segala permasalahan…

Begitulah episod “Inilah Usrahku” kali ini…pasti sahaja skripnya berulang…kerana ini adalah drama bersiri…

Keajaiban yang akan Mengubah Kebiasaan

Penganut teori “Perubahan Ajaib” atau “Reformasi Mentera Keramat” pasti menanti sesuatu yang luar biasa untuk mengubah kebiasaan mereka…

Umpama keajaiban kalimah Tuhan dari langit yang diturunkan dengan penuh keajaiban kepada manusia biasa…lantas membawa arus perubahan kepada seluruh manusia…itulah keajaiban sangkaan mereka…

Kita telah mengimani kehebatan Al-Quran semenjak kita melafazkan ikrar kita kepada Tuhan…Dia lah selayaknya disembah…Dia lah sebaik-baik sembahan…

Kita juga telah mengimani kebenaran Rasulullah semenjak kita mengikat janji setia kepada kepimpinannya…

Setinggi-tinggi keimanan kita kepada kehebatan Al-Quran dan Rasulullah membuatkan kita kadangkala bertanya…Kenapa kitab sehebat ini tidak pula dapat mengubah manusia?…Adakah kata-kata rabbani tidak cukup ajaib?

Tengok sahaja di kalangan para sahabat…hanya segelintir sahaja yang benar-benar berubah kerana terpesona dengan keindahan dan kehebatan Al-Quran sepertimana yang berlaku kepada Saidina Umar…selebihnya, majoriti memeluk Islam banyak dipengaruhi faktor keperibadian Rasulullah atau juga kehebatan kuasa Islam apabila mula memenangi peperangan demi peperangan…

Adakah kita masih menanti keajaiban kata-kata?

bersambung…

14 Responses to “Entahlah…Inilah Usrahku”

  1. miss Says:

    masih teringat analogy dari seorang ukht.
    hidayah bagaikan air hujan yg membasahkan dan membawa manfaat kpd makhluk2Nya. sedangkan hati adalah tempat jatuhnya hidayah bagaikan tadahan air hujan.
    basah atau keringnya hidayah (wahyu Allah) tak mungkin kita persoalkan, bagaikan tak mungkinnya kita mempersoal basahkah air hujan..? tapi kesediaan tadahan lah yg banyak menentukan. bentuk lengkung atau merata, jenis permukaan yg kalis atau serap, bersih atau kotor isi tadahan.. kita yg tentukan (bi iznillah) keadaan tempat jatuh air jernih itu ketika datangnya hujan.

    baik naqib mahupun anak2 usrah, hatinya mesti dekat selalu pada Tuhan. mudah2an kita tak jemu meminta dariNya. Dialah yg Memiliki.. bukan sahaja air hujan malah Pemilik tadahan2.

    yg masih mengimani kehebatan usrah =)

  2. pakcik Says:

    wahhhhhh…. tak sabar menanti apa akhir cerita anta ni ismail…sangat menarik. izinkan ana copy dan paste kat mana2..

  3. iamismail Says:

    ok je … tapi banyak salah tatabahasa …

  4. idia idawsa Says:

    common problem faced by naqaba’ everywhere… can’t wait for the ending…

    motivation is indeed an art

    and yes, shocking grammar… simply shocking… fadh razy would not be pleased… :p

  5. bandung_float Says:

    assalamualaikum,
    dia saat artikel ini diemailkan kpd saya, di saat itulah saya mencari2 apakah ayat2 yg sesuai untuk memahamkan sahabat2 yg “benci” perkataan USRAH, apatah lagi menghadirinya…. saya kehabisan idea n kata2 tuk menyangkal pendapat sahabat2 yg tidak paham ini. Alhamdulillah Allah menemukan saya dgn artikel ini….disini saya ingin meminta izin untuk mengforwardkan artikel ini kpd sahabat2 ini…n mudah-mudahan diorang paham akan maksudnya… dan saya harapkan sambungannya…
    Syukran..

  6. iamismail Says:

    boleh je…saya iA menulis lagi apabila kesempatan

  7. harith Says:

    betul..betul..betul..=)
    buat para nuqaba’ yang sentiasa gigih.. janganlah merajuk..dan teruslah beramal..maka amal2 kita akan dipandang oleh Allah, arRasul dan mereka2 yang beriman kpdNya..inshaAllah..
    wallahul musta’an..

  8. sirr Says:

    benar2,malahan kadang2 as murabbi/naqib itu sndiri pun kdg2 frust gak tk dapat beri ‘kata2 ajaib’ kpda mutarabbinya.Tapi ana rasa ada benar kata2 anta,tidak cukupkah wahyu/kata2 dari allah itu sendiri untuk disampaikan.namun,jika dilihat byk usrah start with AQ n hadith namun masih tidak dpt menggerakkan.knpe ye?adekah slh murabbi?atau mutarabbi sndiri tidak membuka hatinya menyelami arahan2/cerita yg dismpaikan melalui AQ n sunnah?

  9. idia_idawsa Says:

    bro, bila nk smbung ni? :)

  10. iamismail Says:

    InsyaAllah selepas kesibukan exam

  11. FahdRazy Says:

    Uiks.Patutlah terbersin tak henti-henti. Ada orang sebut namaku rupanya. ahah. Grammar tak lah teruk pun (aku pun tak hafal Tatabasa Dewan). Cuma banyak sangat tanda “….” tu yang annoying sikit.

    Bila sebut tentang hal ni, tuding menuding tu biasa. Ada yang salahkan naqib yang tak tahu berkomunikasi dengan baik. Ada yang salahkan anak buahnya yang memang hati super-duper keras mengalahkan batu. Hakikatnya, ‘it’s a combination of both, jadi untuk ‘overlook’ salah satu bukan sesuatu yang bijak.

    Hidup ini bukan semata-mata pilihan antara ‘baik’ dan ‘buruk’ saja. Bukan hero dan penjahat. Atau antagonis vs protagonis. Atau Ultraman vs raksasa. Tapi juga antara ‘good’ dengan ‘better’. Antara ‘bad’ dengan ‘worse’. ‘better’ dengan ‘best’…dan seterusnya

    Seperti kata Mael, kalau sudahnya anak-anak usrah itu kembali kepada rutin yang melalaikan- maka lebih baik mereka menyertai usrah. Tapi dalam masa yang sama, memberi prasangka dalam satu konotasi negatif saja adalah tidak tepat. Bahkan mungkin saja ada yang memilih alternatif selain usrah yang dapat memberi input kepadanya dengan lebih berkesan dan membina. From good to better.

    Di pihak naqib pula, janganlah terlalu menjadikan ‘alasan’ ini untuk membiarkan diri di takuk lama. Ungkapan “Baik kamu join usrah daripada buang masa,” kadang-kala terlalu defensif dan menjadi perisai kepada naqib apabila awal-awal lagi meletakkan label ‘antagonis’ sebegini di dahi ahli-ahli usrah mereka. Sudahnya kelemahan mereka (para naqib) sendiri tidak dapat disinggung dan mereka gagal melihat kepentingan untuk improvisasi kaedah mereka. Yang kena berubah- ahli usrah. Yang kena berubah- mentaliti ahli usrah.

    …bersambung…
    (hehe…mael sambung akupun nak sambung jugak)

  12. gdaymate Says:

    Sebahagian besar peratus ‘kegagalan’usrah bertitik tolak dari naqib/ah nya. Buat checklist diri – qiam, puasa sunat, solat nawafilnya bagaimana? Jangan cakap berdegang-degang, bangun malam liat.

    Preperation sebelum usrahnya bagaimana – ana tahu figur2 yang preparation mrk bermula seminggu sebelum usrah, tak kurang 5 buku dibuka buat rujukan…

    Projek besar memerlukan pengorbanan dan kesungguhan yang tidak kurang raksasanya juga

    Allahualam

  13. yus muslim Says:

    salam..

    hehe..terkedu ana..adekah ana juga kering?
    hehe..
    jzk akh..

    ana minta utk dicopy ya?
    utk teman-teman ana yg juga naqib..
    hehe..

    “inilah usrahku..”..menarik..

  14. drrazi Says:

    salam ziarah akhi….

Leave a Reply