March 18, 2008
حضرة صاحب …
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
وبعد , فإنما حملنا على التقدم بهذه الرسالة إلى مقامكم الرفيع رغبة أكيدة في توجيه الأمة التي استرعاكم الله أمرها , ووكل إليكم شأنها في عهدها الجديد , توجيها صالحا يقيمها على أفضل المسالك , ويرسم لها خير المناهج , ويقيها التزلزل والاضطراب , ويجنبها التجارب المؤلمة الطويلة .
Kehadapan Tuan…
Assalamu’alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh,
Yang mendorong kami mengemukakan surat ini kepada tuan ialah keinginan kami yang sungguh-sungguh untuk membimbing ummat yang telah diserahkan Allah kepada tuan supaya menyelenggarakan urusan mereka di zaman baru ini, keinginan kami untuk memimpin mereka dengan satu pimpinan yang baik, pimpinan yang dapat membangunkan ummat ini di atas sebaik-baik jalan, pimpinan yang sanggup menggariskan sebaik-baik manhaj yang dapat memelihara ummat ini dari kegelinciran dan porak-peranda juga dapat menjauhkannya percubaan-percubaan yang membawa kepada penderitaan yang berpanjangan. Read the rest of this entry »
1 Comment |
Fikrah |
Permalink
Posted by iamismail
March 11, 2008
Apabila kita bersama…
الأرواح جنود مجندة، فما تعارف منها ائتلف وما تناكر اختلف
“Ruh-ruh umpama tentera di medan peperangan, ia terasa senang dengan sesiapa yang dikenali di kalangannya, dan terasa bertentangan dengan sesiapa yang tidak dikenali”
Mungkin sahaja hadis ini sering diulang-ulang oleh sebahagian manusia, menyeru manusia lainnya untuk bersama merasai kenikmatan kebersamaan dan kekitaan…merasai kenikmatan apabila ruh-ruh dipertemukan di dalam lingkungan keimanan dan kembali kepada fitrah kemanusiaan untuk tunduk kepada Sang Pencipta. Kembali kepada Pencipta…
ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِنْ رُوحِهِ …
“Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya…” (As-Sajadah 32: 9)
Kembali melihat hakikat manusia yang datang daripada Allah dengan hembusan ruh yang menghidupkan mereka, kita mulai sedar bahawa kehidupan manusia bukanlah hanya terdiri daripada pergerakan fisik dan kewujudan dalam alam pancaindera…
Kita adalah ruh-ruh yang menggerakkan tubuh, menggerakkan perasaan, menggerakkan minda dan menggerakkan iman… Read the rest of this entry »
5 Comments |
Hati |
Permalink
Posted by iamismail