Peringatan yang bermakna
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
“Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.” (Al-Bukhari)
Benarlah penegasan Rasulullah bahawa jalan ke neraka akan dipenuhi dengan sesuatu yang menyeronokkan dan mampu mengisi kegelojohan hawa nafsu. Sebaliknya, jalan menuju ke syurga pasti mengundang onak dan duri, memerlukan takwa, sifat berhati-hati dalam melangkah lalu.
Rasulullah telah lama mengingatkan kita akan perihal ini, menyedari hakikat manusia yang senantiasa ditarik oleh dua dorongan, dorongan keimanan dan juga dorongan al-hawa.
Telah menjadi tabiat manusia, merasai puas dan menikmati sesuatu yang dapat memenuhi kehendaknya. Mungkin ia merupakan satu perkara baik atau buruk…oleh itu, manusia sewajarnya mampu membezakan dan memilih kenikmatan yang sebenarnya baik di dunia juga akhirat…janganlah tertipu dengan kenikmatan… Read the rest of this entry »
Posted by iamismail