Bunga

Bunga ini aku petikkan untukmu,
Aku titipkan padamu,
Dari taman yang indah, warnanya meriah,
Dari taman yang harum, wangian kuntum,
Taman yang dijaga rapi,
Hanya untuk insan yang mahu memberi,
Dan aku masih di taman ini,
Menanti ia berputik,
Menanti hijaunya menyerlah,
Menanti rantingnya makin utuh,

Dan aku masih mahu di sini,
Menyemai benih-benih,
Menyiram air jernih,
Membaja subur tanih,

Jemputlah kemari, aku ingin petikkan bunga untukmu,
Jemputlah ke taman larangan, seperti kata mereka,
Ini taman untuk insan yang mahu memberi,
Bunga ini perlu mekar, indah menghiasimu…
Bunga ini perlu harum, tenang tenteram hatimu…
Kerana itu, aku masih di sini,
Bunga ini untukmu,
Kembalilah nanti, pabila bunga ini layu,
Akan ku petik untukmu dari taman ini,
Bunga yang nanti kembang mekar, ku serahkan kepadamu,
Ku harap harumnya kau berikan kepada umat ini…

Dan aku masih di sini,
Menanti kau kembali…
Abu Muhammad,

aku hanya tahu menanam bunga di taman…
January 23, 2008 at 4:33 pm |
saya nak bunga tahi ayam, ada tak???
January 25, 2008 at 6:18 pm |
Wah…Mael. Sejak bila kau tulis sajak ni..
January 27, 2008 at 7:56 pm |
“Kembalilah nanti, pabila bunga ini layu,”… ironinya bait sajak ni.
sudah pasti ramai yang mahu menjenguk ke taman larangan yang penuh dengan bunga-bunga yang mekar mengharum.semoga taman larangan sentiasa subur ~dgn insan yang mahu memberi~
January 28, 2008 at 2:17 pm |
pintaku pada yang memberi…
tunjuki daku jalan kembali….