November 22, 2007
Daulah Fikriyyah Islamiyyah
Satu perkara terkemuka di dalam negara Islam iaitu konsep asas yang menjadikan dasar luar manifestasi ialah kedaulatan suci. Teori asasnya ialah dunia dan segala yang ada di dalamnya, dimiliki oleh Allah Yang Maha-Kuasa dan Dia saja mempunyai kedaulatan. Tidak ada orang perseorangan, famili, klas atau negara atau semua manusia boleh menuntut kedaulatan sedikit ataupun banyak. Allah sahaja mempunyai kuasa undang-undang dan memberi perintah. Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
Fikrah, Seerah |
Permalink
Posted by iamismail
November 15, 2007
Beberapa Studi tentang Perkahwinan
1. Kata Umar r.a.: “…Kerana sesungguhnya sangat sedikit rumah yang dibangunkan di atas landasan cinta, tetapi orang-orang berinteraksi dengan Islam dan pelbagai pertimbangan.”
(Tazkiyatun Nafs Mensucikan Hati oleh Said Hawwa ms. 510)
2. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaqnya dan paling lemah lembut kepada isterinya”. (Riwayat At-Tirmizi)
(Tazkiyatun Nafs/Mensucikan Hati oleh Said Hawwa ms. 594)
(Apa Erti Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan, Bab Mestilah Muslim di Sudut Berkeluarga ms. 70) Read the rest of this entry »
8 Comments |
Hati |
Permalink
Posted by iamismail
November 14, 2007
Aturan Allah adalah Aturan yang Terbaik
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
“Celupan Allah dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? dan kepadaNyalah Kami beribadat.”
(Al-Baqarah 2: 138)
(صِبْغَةَ اللَّهِ) telah ditafsir oleh Ibn Abbas sebagai Dinul-Islam. Secara bahasa, صِبْغَةَ bermaksud celupan. Sepertimana kain apabila dicelup untuk memberi warnanya – begitu juga manusia perlu menerima Islam sebagai celupan – , celupan tersebut akan memenuhi setiap liang kain sehingga tiada lagi kesan melainkan warna celupan.
Islam perlu mewarnai setiap aspek dalam kehidupan kita sepertimana ertikata Ad-Din yang kita fahami. Erti Ad-Din mencakup seluruh aspek perikehidupan, zahir dan batin, moral dan material, akhlak dan kepercayaan, sikap, mental dan pembangunan. Tiada lagi ruang yang akan dicemari oleh kekufuran dan kekotoran jahilyyah.
Ismail
1 Comment |
Tadabbur |
Permalink
Posted by iamismail
November 6, 2007
Saya berkongsi sebuah buku tulisan Syed Qutb….
berjudul Al-Mustaqbal Lihazaddin atau Masa Depan Untuk Islam atau Pastikan Kemenangan Islam
(Sila Lihat ‘Nak Kongsi’ Box)
Jzkk kepada yang menyumbangkan buku ini…

wslm
ismail i am
3 Comments |
Fikrah |
Permalink
Posted by iamismail