يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (١)قُمِ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا (٢)نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا (٣)أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا (٤)إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا (٥)إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلا (٦)إِنَّ لَكَ فِي اَلنَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلا (٧)وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلا (٨)رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلا (٩)وَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلا (١٠)وَذَرْنِي وَالْمُكَذِّبِينَ أُولِي النَّعْمَةِ وَمَهِّلْهُمْ قَلِيلا (١١)
1. Wahai orang yang berselimut! 2. Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), 3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, 4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. 5. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat, 6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. 7. Kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; 8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya dengan sebulat-bulat tumpuan “Tabattal”. 9. Dialah Tuhan yang Menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan dia; maka jadikanlah Dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu. 10. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. 11. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.
Qiyamullail, Tilawatul Quran, Zikrullah, Tabattal, Tawakkal…
Mutabaah Amal checklist:
1. Bacaan Al-Quran: 5-10 muka satu hari
2. Zikrullah: 100 Istighfar, 100 (Tasbih+Tahmid+Takbir+Tahlil), لا حول ولا قوة الا بالله 100
3. Qiyamullail: Seminggu sekali
banyak lagi perlu ditambah…coming soon
October 21, 2008 at 10:05 am |
Tambah, jangan tak tambah…
Kuatkan hatimuuu, hanya hati yang kuat dapat membelai hati-hati yang sakit ni…
Dah balik Malaysia, jangan lupa belai hati kami
November 24, 2008 at 7:41 pm |
Jazakallah… nk pulak cari semula tafsir al-muzammil…
ada checklist/jadual mmg berguna…lebih fokus